Saturday, August 14, 2021

Baring selepas solat Sunat Subuh

Terdapat hadis yang menyebutkan bahawa nabi SAW akan berbaring atas lambung kanannya selepas selesai solat sunat sebelum Subuh. Hadis ini diriwayatkan Turmizi dan Abu Daud dengan Sanad yang saheh.


Namun, Ibn Taimiyyah menyatakan hadis mengenainya adalah mungkar. Tiada perintah daripada nabi untuk berbuat demikian.


Ulama berkhilaf mengenai hukum berbaring selepas solat sunat sebelum Subuh itu. Ada yang kata Sunat selepas Solat Sunat Subuh.Ada yang kata tidak sunat. Ada yang mendetailkan dengan mengatakan jika orang itu buat solat tahajjud, barulah sunat baring. Kalau tak buat solat tahajjud, tak sunat baring. Tujuan baring itu adalah untguk berehat selepas penat  solat.

Ada juga pandangan kalangan ahli ilmu yang pelik. Kata mereka baring adalah syarat sah solat subuh. Sesiapa yang solat Subuh tak baring lepas solat sunat Subuh, solat fardhu Subuhnya tak sah.Tentu pandangan ini ganjil dan pelik. apalah kaitan antara baring dengan solat Subuh hingga dihukumkan solat Subuh tak sah tanpanya???

Saturday, May 8, 2021

KULIAH SUBUH-hati boleh terbalik kuang

 28 Ramadhan 1442

1) Nabi ajarkan doa akan hati ditetapkan

2) Hati lebih cepat berubah daripada gelegak dalam periuk.

3) Kisah Barsisa

4) Kisah Seorang yang membunuh 99 orang lalu digenapkan seorang lagi jadi seratus.

5) Amal dilihat pada hujungnya

6) 4 Perkara yang telah ditentukan Allah sejak dalam perut ibu

7) Jangan terlalu angkuh dengan amal soleh 

8) Ramadhan perlu diutamakan hujungnya, bukan awalnya.

9) banyak mohon kepada Allah agar ditetapkan hati

Friday, May 7, 2021

3 Syarat Amal Soleh

 Kuliah Subuh di Surau Taman Akasia Subuh ini (26 Ramadhan 1442):


1) Al-Baqiyatus Solihat  lebih baik untuk akhirat kita

2) Syarat Amal Soleh -3 Syarat sebagaimana disebutkan dalam Surah Al-Israk: ayat 19

3) Sifat mazmumah yang merosakkan amal- Ujub, Takbur, Sum'ah dan riya

4) Kisah Abid yang dikalahkan oleh syaitan sewaktu mahu menebang pokok

5) Amalan orang kafir lebih hebat

6) Hadis imam Malik dalam muwatto'-mengenai seorang yang mahu niat ihram dalam masjid nabawi.

7) Kalau takbir raya sebulan, jadi tak ia amal soleh?


Tazkirah Taraweh-Dengki merosakan amal baik

 Tazkirah antara taraweh 8 rakaat-Surau Taman Akasia.

1) Dengki adalah penyakit hati yang tidka memilih siapa untuk diserangnya

2) Ada dengki di kalangan ulama- Kisah Imam Bukhari yang menjadi mangsa dengki gurunya.

3) Dengki bukan sifat ornag yang tingga dalam syurga.

4) Hanya dibernarkan dengki dalam dua aspek-Hadis-La hasada illa fi istnaini....

Thursday, May 6, 2021

Memilih rakan(Khalil) untuk Istiqamah

 Kuliah Subuh Di Surau Taman Akasia-7 Mei 2021=25 ramadhan 1442


1) Tanda amal diterima Allah adalah apabila amal soleh disusuli amal soleh.

2) Amalan yang berterusan itulah istiqamah

3) Antara ramuan untuk istiqamah adalah berteman dengan orang soleh.

4) Kisah Uqbah bin Abi Muit yang mendapat kerugian gara-gara berteman dengan Ubay bin Khalaf.(Ayat 27-29 Surah Al-Furqan)

5) Rasulullah tidak tahu masa depan kecuali yang Allah wahyukan kepadanya-ketika baginda menjawab persoalah Uqbah ttg anaknya, nabi kata mereka habuan neraka.



Friday, April 23, 2021

ASMA AMALINA

 Kuliah Subuh pagi ini, di Surau Taman Akasia, Kuala Nerang. Aku mengimami solat Subuh dan seusai solat Subuh, aku menyampaikan satu Kuliah Subuh singkat. Tajuk yang aku sentuh ialah "Asma Amalina". 

Asma Amalina bermakna "cita-cita tertinggi kami". Intipati daripada kuliah ini adalah seperti berikut:

1) Anak-anak kita perlu diajar untuk meletakkan cita-cita dalam hidup mereka  ialah masuk ke Syurga Allah.

2) Nabi mengajarkan kita agar meletakkan "target tertinggi " dalam hidup seperti hadis nabi SAW yang menyarankan jika minta syurga hendaklah minta Syurga Firdaus.

3) Hadis "Ajuz Bani Israil" menjadi pedoman buat kita dalam menetapkan hajat dan keinginan hidup. 

4) Doa jika bertemu malam Al-Qadar yang diajarkan nabi SAW kepada Saidatina Aisyah , isterinya jadi petujuk bahawa permintaan yang bersifat Akhirat, itulah permintaan tertinggi yang perlu kita panjatkan pada saat peluang kemakmbulan doa di depan mata.


Thursday, April 22, 2021

Roh tidak berkumpul di Luh Mahfuz

Kuliah Subuh di Surau Taman Akasia pagi ini, aku sebutkan tentang roh yang merupakan ilmu ghaib yang hanya sedikit mengenainya diketahui. Itulah yang dikhabarkan Allah dalam Quran dan Nabi SAW dalam hadis. Manusia tidka mengetahui mengenainya. Isi-isi penting dalam Kuliah Subuh ringkas pagi ini adalah:

1) Hadis nabi SAW yang menceritakan bagaimana malaikat maut mecabut roh orang beriman dan orang kafir. Roh orang beriman akan melepasi langit dan ditempatkan di Illiyyin, sedangkan roh orang kafir akan terhalang menembusi langit dan mereka akan ditempatkan di Sijjin.


2) Kritikan terhadap apa yang berlegar dalam Whatsapp menjelang Ramadhan mengenai " Roh berkumpul di Luh Mahfuz " dan Roh pulang menziarahi kaum kerabat di bulan Ramadhan.


3) Cerita roh pulang pada bulan Ramadhan itu tidka berasas


4) Luh Mahfuz bukan tempat berkumpul roh, sebaliknya ia adalah papan agung tempat dicatatkan segalam takdir makhluk.


5) Pengaruh Syiah dalam menerapkan hadis-hadis mereka seperti hadis mengenai roh yang pulang menziarahi kaum kerabat.


6) Penegasan bahawa Syiah adalah "akzabunnas" lebih daripada dustanya para munafiqin!.

الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على سيدنا محمد الصادق الوعد الأمين ، اللهم لا علم لنا إلا ما علمتنا ، إنك أنت العليم الحكيم ، اللهم علمنا ما ينفعنا ، وانفعنا بما علمتنا ، وزدنا علما ، وأرنا الحق حقاً وارزقنا اتباعه ، وأرنا الباطل باطلاً وارزقنا اجتنابه ، واجعلنا ممن يستمعون القول فيتبعون أحسنه ، وأدخلنا برحمتك في عبادك الصالحين .