Saturday, August 14, 2021

Baring selepas solat Sunat Subuh

Terdapat hadis yang menyebutkan bahawa nabi SAW akan berbaring atas lambung kanannya selepas selesai solat sunat sebelum Subuh. Hadis ini diriwayatkan Turmizi dan Abu Daud dengan Sanad yang saheh.


Namun, Ibn Taimiyyah menyatakan hadis mengenainya adalah mungkar. Tiada perintah daripada nabi untuk berbuat demikian.


Ulama berkhilaf mengenai hukum berbaring selepas solat sunat sebelum Subuh itu. Ada yang kata Sunat selepas Solat Sunat Subuh.Ada yang kata tidak sunat. Ada yang mendetailkan dengan mengatakan jika orang itu buat solat tahajjud, barulah sunat baring. Kalau tak buat solat tahajjud, tak sunat baring. Tujuan baring itu adalah untguk berehat selepas penat  solat.

Ada juga pandangan kalangan ahli ilmu yang pelik. Kata mereka baring adalah syarat sah solat subuh. Sesiapa yang solat Subuh tak baring lepas solat sunat Subuh, solat fardhu Subuhnya tak sah.Tentu pandangan ini ganjil dan pelik. apalah kaitan antara baring dengan solat Subuh hingga dihukumkan solat Subuh tak sah tanpanya???

الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على سيدنا محمد الصادق الوعد الأمين ، اللهم لا علم لنا إلا ما علمتنا ، إنك أنت العليم الحكيم ، اللهم علمنا ما ينفعنا ، وانفعنا بما علمتنا ، وزدنا علما ، وأرنا الحق حقاً وارزقنا اتباعه ، وأرنا الباطل باطلاً وارزقنا اجتنابه ، واجعلنا ممن يستمعون القول فيتبعون أحسنه ، وأدخلنا برحمتك في عبادك الصالحين .