Monday, August 15, 2011

Panjang angan-angan

Allah berfirman:

ذَرْهُمْ يَأْكُلُوا وَيَتَمَتَّعُوا وَيُلْهِهِمُ الْأَمَلُ فَسَوْفَ يَعْلَمُونَ


"Biarkanlah mereka (orang-orang kafir itu makan dan bersenang-senang dan dipermainkan oleh angan-angan mereka, kelak mereka akan tahu apakah balasan mereka di akhirat".

Angan-angan dimiliki oleh semua orang. Daripada angan-anganlah manusia belajar dan bekerja. Dari angan-angan juga manusia beramal. Angan-angan tidak salah, tetapi yang salah adalah panjang angan-angan. Panjang angan-angan akan menyebab seorang muda menangguhkan amalnya kerana menyangka dia akan hidup sampai tua. Seorang tua pula merasakan dirinya masih muda belia.

Berlumba-lumbalah mengejar kebaikan kerana kematian tidak mengira masa. Kematian akan datang memutuskan semua angan-angan.

Thursday, August 11, 2011

Husnul Khatimah dan hubungkait dengan Istiqamah

Kuliah Subuh pagi ini disampaikan oleh ust. Kama. Tajuknya berkisar mengenai Istiqamah sebagai ramuan mendapatkan husnul khatimah. 

Menyebutkan kepentingan mendapat Husnul Khatimah untuk menentukan kedudukan di akhirat, istiqamah ditekankan. Istiqamah dalam beramal baik merupakan anugerah Allah SWT sebagaimana Husnul Khatimah itu sendiri merupakan anugerah Allah SWT.  Seorang yang istiqamah, itulah "al-ghurabaa'  "

Monday, August 8, 2011

Sayyiatul Jariah

Manusia, dilihat daripada kelangsungan amal baik dan jahat di dunia selepas matinya, boleh dibahagikan kepada dua iaitu:

a) Seorang yang mati dan terputuslah amal baik dan jahatnya. Apa yang pernah dilakukan di masa hidupnya, hanya itulah habuannya sesudah mati.

b) Seorang yang mati tetapi amal baik dan jahatnya tidak mati bersamanya.Golongan boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:
i) Seorang yang mati, amal jahat dan baiknya berterusan  di dunia.Maka tergantunglah mana yang lebih banyak memberinya saham sesudah matinya.

ii) Seorang yang mati, amal jahatnya terhenti tetapi amal baiknya berterusan. Dia mendapat ganjarannya dalam qubur.Alangkah beruntung orang ini.

ii)Seorang yang mati, amal baiknya terputus tetapi amal jahatnya berterusan. Dalam kubur dia mendapat akibatnya dan dosanya kian bertambah sehari demi sehari. Alangkah ruginya orang ini!
Amal jahat yang berterusan sesudah mati disebut sebagai "sayyiatul jariah". Berkata Imam Al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin: 


طوبى لمن إذا مات ماتت معه ذنوبه، والويل الطويل لمن يموت وتبقى ذنوبه مائة سنة ومائتي سنة أو أكثر يعذب بها في قبره ويسئل عنها إلى آخر انقراضها

Dalam Al-Quran juga Allah memperingatkan mengenai kewujudan kejahatan berterusan ini.Firman Allah SWT:
لِيَحْمِلُوا أَوْزَارَهُمْ كَامِلَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَمِنْ أَوْزَارِ الَّذِينَ يُضِلُّونَهُمْ بِغَيْرِ عِلْمٍ أَلا سَاءَ مَا يَزِرُونَ 
(Surah An-Nahlu: Ayat 25)
Bersabda nabi SAW:
مَنْ دَعَا إِلَى ضَلاَلَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنَ الإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا

(Hadis Riwayat Muslim)


Rujukan: Al-Meshkat

Sunday, August 7, 2011

Tanda-tanda kematian

Allah berfirman:


إِنَّ فِي ذَلِكَ لاَيَاتٍ لِلْمُتَوَسِّمِينَ


" Sesungguh pada yang demikian itu, ada  tanda-tanda bagi orang yang memerhati".


Tazkirah Subuh pagi ini disampaikan oleh Ust Tn Roslan Tn Muda berkenaan tanda-tanda kematiabn seseorang mukmin. Belia menyebutkan tentang tanda-tanda 100 hari sebelum kematian seseornag:

Isi Tazkirah Subuh:

Tanda 100 Hari Sebelum Hari Kematian

Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hamba-Nya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walau bagaimanapun, semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam saja, sedangkan orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah, nyawa mereka ini akan dicabut tanpa peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi pada beberapa keadaan :

1. Tanda 100 Hari Sebelum Hari Kematian

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hamba-Nya dan hanya akan disedari oleh mereka- mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini, hanya apakah mereka sedar atau tidak saja. Tanda ini akan berlaku lazimnya setelah waktu 'Asar. Seluruh tubuh mulai dari ujung rambut sampai ke ujung kaki akan mengalami getaran, seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging sapi yang baru disembelih, dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan- akan bergetar. Tanda ini rasanya nikmat, dan bagi mereka yang sedar dan berdetak di hatinya bahawa mungkin ini adalah tanda kematian maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah sadar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa ada manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

2. Tanda 40 Hari Sebelum Hari Kematian

Tanda ini juga akan terjadi sesudah waktu 'Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di atas 'Arasy Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita antaranya adalah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang waktu. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

3. Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah sakit dimana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba dia berselera untuk makan.

4. Tanda 3 hari
Pada masa ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita yaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat diketahui / difahami maka berpuasalah kita setelah itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan turun, dan ini dapat diketahui jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

5. Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu 'Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu 'Asar keesokan harinya.

6. Tanda akhir
Akan berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan dingin di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Penutup

Sesungguhnya marilah kita bertakwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita termasuk di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda- tanda kematian ini; semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan baik dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri, dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Namun demikian, sesuai dengan sifat Allah SWT Yang Maha Kuasa lagi Pemurah, Maha Pengasih, maka diriwayatkan bahawa tarikh kematian seseorang manusia itu masih dapat diubah dengan amalan doa, baik doa dari kita sendiri maupun doa dari orang lain. Namun hal ini adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.

Oleh kerana itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan waktu dan kesehatan tubuh / badan dan juga fikiran dalam sedaya-upaya kita untuk mencari keredhaan Allah SWT di dunia mahupun akhirat kelak.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.







Monday, August 1, 2011

Adab Puasa

Kuliah Subuh pagi tadi disampaikan oleh Ust Kama, berkisar mengenai adab-adab puasa. 7 adab yang dibentangkan ialah:

1) Bersahur
2) Segerakan berbuka
3) Berdoa semasa berbuka.
4) Bersugi sewaktu berpuasa.
5) Menjauhi kemungkaran 
6) Bertadrus dan banyak bersedekah
7) Menghidupkan malam Ramadhan terutama 10 yang terakhir.

Ust Kama menjelaskan juga mengenai hukum bersugi ketika berpuasa. Ia bukanlah makruh, sekalipun setelah gelincir matahari. Pendapat yang memakruhkannya hanya berdasarkan kepada kata-kata nabi SAW bahawa bau mulut orang berpuasa itu lebih harum daripada bau miski. Ia bukan bermakna nabi meyuruh orang Islam menyimpan bau mulut. Jika nabi kata dia suka duduk dengan orang miskin,bukanlah bermakna baginda menyuruh orang Islam jadi miskin.

Ust Kama juga menyebutkan tentang doa berbuka puasa yang lebih baik diamalkan berbanding doa yang biasa diamalkan. Doa yang biasa diamalkan itu berdasarkan hadis yang daif sednagkan doa yang disebutkannya itu berdasarkan hadis Hasan.

Saturday, May 21, 2011

2 Jenis manusia sesudah mati

Kuliah Subuh di masjid al-Fajr  pagi tadi disampaikan oleh ust. Kama:


Hidup di dunia hanya sekali. Tiada dua maupun tiga. siapa yang melakar dunianya dengan cemerlang di sisi Allah SWT, maka dia akan beroleg keberuntungan di akhirat. Sebaliknya, sesiapa yang bergelumang dengan rencah bernoda semasa didunia, kelak di akhirat dia akan tergolong kalangan yang amat rugi.

Melihat kepada manusia dan amalnya sesudah matinya, para ulama membahagikan kepada dua iaitu:

a) Seorang yang mati lalu mati bersamanya amalnya sama ada baik atau jahat.

b) Seorang yang mati tetapi tidak mati bersamanya amalnya. Kelompok ini boleh dibahagikan pula kepada 3 iaitu:
i) Seorang yang mati dan amal baik dan jahatnya sama banyak terus hidup di dunia.Untung ruginya tergantung kepada mana satu yang lebih.

ii) Seorang yang mati dan mati pula amal jahatnya tetapi hidup amal baiknya. Dialah orang yang beruntung.

iii) Seorang yang mati dan mati paula amal baiknya sedangkan amal jahatnya hidup. Dialah orang yang amat rugi

Monday, February 14, 2011

Kuliah subuh 12 Rabiul awal 1432

Kuliah Subuh di masjid Fajar pada pagi ini disampaikan oleh sdr Bunyamin Bakri.

Isi-isi:-

1) Hadis Nabi meyebutkan bahawa jika manusia tahu kelebihan yang ada pada solat insya dan Subuh berjemaah, mereka akan datang  ke masjid walapun dalam keadaan merangkak.

2) Hadis nabi tentang pujian nabi Muhammad SAW kepada ummat baginda di akhi zaman yang mana nabi mengatakan merekalah saudaranya yang dirindui.

3) Penting melaksanakan Islam dalam kehidupan.

* Semalam qiamullail diadakan

الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على سيدنا محمد الصادق الوعد الأمين ، اللهم لا علم لنا إلا ما علمتنا ، إنك أنت العليم الحكيم ، اللهم علمنا ما ينفعنا ، وانفعنا بما علمتنا ، وزدنا علما ، وأرنا الحق حقاً وارزقنا اتباعه ، وأرنا الباطل باطلاً وارزقنا اجتنابه ، واجعلنا ممن يستمعون القول فيتبعون أحسنه ، وأدخلنا برحمتك في عبادك الصالحين .