Monday, August 16, 2010

Wasiat Rasulullah kepada Ali KW

Kuliah Subuh pagi ini disampaikan oleh USt Tn Roslan Tn Muda. Tajuk kuliah pagi ini berkisar mengenai wasiat Rasulullah iaitu:

NABI Muhammad saw ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak, kaum kerabat dan umat Islam seluruhnya. Antara wasiat yang menarik dan boleh dijadikan bahan renungan bersama adalah wasiatnya kepada menantu Baginda, Saidina Ali bin Abu Talib. Sungguhpun wasiat itu khusus kepada Ali, namun kita sebagai Muslim, perlu menjadikannya sebagai iktibar dan menjadikannya amalan.

"Wahai Ali, bagi orang mukmin ada tiga tanda iaitu:
1. Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia;
2. Tidak terpesona dengan pujuk rayu;
3. Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia.

"Wahai Ali, bagi orang alim itu ada tiga tanda iaitu:
1. Jujur dalam berkata-kata;
2. Menjauhi segala yang haram;
3. Merendah diri.

"Wahai Ali, bagi orang yang jujur ada tiga tanda iaitu:
1. Merahsiakan ibadahnya;
2. Merahsiakan sedekahnya;
3. Merahsiakan ujian yang menimpanya;

Wahai Ali, bagi orang yang takwa itu ada tiga tanda iaitu:
1. Takut berlaku dusta dan keji.
2. Menjauhi kejahatan.
3. Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi ahli ibadah itu ada tiga tanda iaitu:
1. Mengawasi dirinya.
2. Menghisab dirinya.
3. Memperbanyakkan ibadah kepada Allah.

Ibnu Abbas pula meriwayatkan, bahawa Ali berkata: "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah, Rasulullah bersabda kepadaku, mengutarakan 13 wasiat khusus untukku iaitu:

"Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki" tempat mandi (hammam) tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal'un).

"Wahai Ali, janganlah engkau 'memakai cincin pada jari telunjuk dan tengah'. Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.

"Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar:
"Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta" (Tuhanku, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu berfirman: "Hai malaikat- Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia."

"Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau,

WASIAT RASULULLAH KEPADA SAIDINA ALI

bahawasanya sidq (benar) itu berkat dan kizb (dusta) itu celaka.

"Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-domba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.

"Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.

"Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari.

"Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan makihamun dan sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.

"Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencungkil gigi. Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah. Mencungkil gigi itu dikasihi malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan pada celah gigi tidak dicungkil selepas makan.

"Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah. Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan serta kesabaran Allah ke atas hamba-Nya. Pertahankan diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.

"Wahai Ali, perhitungkan (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.

"Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Maka dengan demikian , engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.

"Wahai Ali, perbaikkan perhubungan antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.

" Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan. Insya-Allah."

Dipetik daripada: BH - 21 December 2004 / 9 Zulkaedah 1425

No comments:

Post a Comment

الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على سيدنا محمد الصادق الوعد الأمين ، اللهم لا علم لنا إلا ما علمتنا ، إنك أنت العليم الحكيم ، اللهم علمنا ما ينفعنا ، وانفعنا بما علمتنا ، وزدنا علما ، وأرنا الحق حقاً وارزقنا اتباعه ، وأرنا الباطل باطلاً وارزقنا اجتنابه ، واجعلنا ممن يستمعون القول فيتبعون أحسنه ، وأدخلنا برحمتك في عبادك الصالحين .