Kematian itu satu keyakinan. Allah menamakan kematian sebagai al-yaqin sebagaimana firmaNya dalam surah Al-Hijr, ayat 99:
وَاعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّى يَأْتِيَكَ الْيَقِينُ
"Dan sembahlah Tuhanmu sehingga datangnya yakin".
Yang dimaksudkan dengan yakin adalah kematian. Justeri kematian itu satu kepastian dan tidak ada manusia yang dapat menolaknya, ia dinamakan yakin. Manusia, sejak manusia pertama iaitu nabi Adam A.S, belum pernah adala yang dapat menyanggah kematian. Manusia yang pernah hidup pada zaman dahulu, semuanya telah menempuh kematian. Di antara kita ada datuk dan nenek,mereka juga telah mati. Ibu ayah sebahagian kita juga telah mati. Patinya kita juga akan mati.
Oleh kerana mati itu satu kepastian, mati yang bagaimana kita mahukan? Apakah kita mahu mati hanya sekadar mati sebagaimana matinya haiwan-haiwan? Atau, apakah kita mahu menemuh kematian mulia sebagaimana kematian para nabi-nabi?
Di sinilah persoalan penting yang perlu kita tanya diri kita. Justeru jawapan terbaik adalah, aku mahu mati dalam husnul khatimah. Aku minta jauh dari mati suul khatimah. Inilah juga yang seriang kita ungkap dalamn doa seusai solat yang berbunyi:

اللهم نسئلك حسن الخاتمه, واللهم أختم لنا بخير, ونسئلك الفردوس الآعلى
No comments:
Post a Comment