الم ذلك الكتاب لا ريب فيه هدى للمتقين
(Al-Baqarah: 1-2)
Allah menurunkan Al-Quran pada bulan Ramadhan. Ini berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 185:
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدىً لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ
"Bulan Ramadhan, itulah bulan yang diturunkan padanya Al-Quran, menjadi petunjuk bagi manusia dan mengandungi keterangan-keterangan ke jalan yang benar dan pembeza antara kebenaran dan kebatilan".Selepas wahyu pertama itu, berlangsunglah penurunan Al-Quran selama 23 tahun bergantung kepada kejadian dan peristiwa. Ayat terakhir diturunkan adalah ketika nabi SAW sedang melaksanakan ibadah haji yang terkenal dalam sejarah sebagai haji widak. Ayat tersebut dari surah Al-maidah , ayat 3 iaitu:
اليوم أكملت لكم دينكم وأتممت عليكم نعمتى ورضيت لكم الإسلام دينا
Pada hari Ini Telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu.
- Sebaik-baik manusia adalah yang belajar dan mengajar Al-Quran.
- Al-Quran akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada ahlinya.
- Pahala diberikan berdasarkan setiap huruf yang dibaca.
- Orang mahir membaca Al-Quran bersama malaikat yang mulia dalam syurga manakala yang kurang mahir dan tergagap sewaktu membacanya, baginya dua pahala.
- Orang mukmin yang membaca al-Quran dibaratkan seperti buah atrujjah yang sedap lagi wangi baunya.
- Membaca Al-Quran menenangkan hati.
- membaca Al-Quran membersihkan jiwa.
- Membaca Al-Quran menyelamatkan diri dari kejahatan manusia dan syaitan.
Sempena Ramadhan yang disambut didalamnya nuzul Al-Quran, marilah kita sama-sama mengangkat martabat Al-Quran dalam kehidupan kita. Kita jadikan ia sebagai kawan, kita baca, fahami dan amalkan dalam kehidupan kita.
No comments:
Post a Comment