Tuesday, September 8, 2009

Kuliah Subuh 6: Hiburkan hatimu dengan zikrullah

Hati adalah raja dalam tubuh. Ia adalah sumber kepada segala perlakuan anggota tubuh yang merupakan rakyat-rakyatnya. Oleh itu hati perlu dijaga agar ia menjadi raja yang sihat, cemerlang dan dapat mentadbir dengan baik seluruh rakyat jelatanya. Hati pelukan ketenangan dan ketenteraman. Bagaimana memberikan ketenangan dan ketenteraman kepada hati? Inilah persoalan yang jawapannya berbeza di kalangan manusia.

Kalangan manusia, ada yang mencari ketenangan hati dengan bersendirian melakukan hob-hobinya seperti memancing, melukis dan sebagainya. Ada juga yang mencari ketenangan hati dengan perbuatan-perbuatan yang terlarang seperti berdisco, minum arah, menagih dan sebagainya. Semua pencarian ketenangan itu adalah jalan-jalan yang tidak membawa kepada ketengan hakiki sebagaimana yang telah ditegaskan Allah SWT dalam Al-Quran:



Zikrulullah menenangkan hati. Itulah penwar bagi keresahan dan kegelisahan hati yang telah ditunjukkan oleh Allah SWt.

Zikirlah yang diajar oleh Rasulullah SAW. Zikir Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu AKbar, merupakan kalimah-kalimah zikir yang amat disukai Allah SWT. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh At-Tarmizi, daripada Abdullah bin Basar r.a bahawa seorang lelaki telah berkata kepada Rasulullah SAW:

يَا رسولَ الله ، إنَّ شَرَائِعَ الإسْلامِ قَدْ كَثُرَتْ عَليَّ ، فَأَخْبِرْنِي بِشَيءٍ أَتَشَبثُ بِهِ قَالَ : لا يَزالُ لِسَانُكَ رَطباً مِنْ ذِكْرِ الله


" Wahai Rasulullah. sesungguhnya syariat Islam itu terasa banyak atasku. Beritahulah aku suatu perkara yang aku cukup dengannya. Sabda Rasulullah SAW: Sentiasalah lidahmu basah dengan zikrullah".

Disebutkan dalam saheh Muslim bahawa golongan faqir muhajirin telah datang bertemu Rasulullah SAW lalu berkata: Golongan yang punya harta telah mendapat darjat yang tinggi dan nikmat yang kekal. Sabda Rasulullah SAW: Bagaimanakah itu?.Kata mereka: Mereka itu bersolat sebagaimana kami solat, mereka berpuasa sebagaimana kami puasa, mereka bersedekah sebagaimana kami bgersedekah dan mereka memerdekakan hamba sedang kami tidak". Lalu Sabda baginda: "Apakah mahu aku ajarkan sesuatu yang jika kamu amalkan, kamu akan mendapat ganjara orang-orang sembelum kamu dan kamu akan mendahului orang-orang selepas kamu dan tiada seorang pun yang lebih daripada kamu melainkan jika mereka berbuat seperti kamu?" Sambut mereka:"Bahkan, ajarkan kami ya Rasulullah!"Jawab baginda:"Kamu bertasbih, bertakbir dan bertahmid setiap lepas solat fardhu sebanyak 33 kali.

Berkata Abu Soleh:" Lalu golongan faqir muhajirin itu kembali bertemu Rasulullah dan berkata" Ya Rasulullah, saudara kami yang punya harta itu telah mendengar apa yang kami lakukan dan mereka pun melakukan hal yang sama." Jawab Rasulullah SAW:

ذَلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ


"Itulah kelebihan Allah, Dia berikan kepada siapa yang Dia kehendaki".



Mudah-mudahan kita boleh mengamalkan zikrullah. Untuk berzikir, tak perlu tunggu masuk tariqat dahulu baru mahu mengamalkan zikir. Apa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW sudah cukup untuk kita amalkan. Zikir-zikir yang telah diajar oleh Rasulullah SAW telah menjadi makanan hati yang mengenayangkan dan tidak perlu mencari yang lain. Tinggal lagi, mahu atau tidak kita amalkan. Amalkan dalam keadaan berdiri , duduk atau berbaring. Ketika bekerja atau istirehat. Ketika memandu atau berjalan.

Allahumma amin...

No comments:

Post a Comment

الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على سيدنا محمد الصادق الوعد الأمين ، اللهم لا علم لنا إلا ما علمتنا ، إنك أنت العليم الحكيم ، اللهم علمنا ما ينفعنا ، وانفعنا بما علمتنا ، وزدنا علما ، وأرنا الحق حقاً وارزقنا اتباعه ، وأرنا الباطل باطلاً وارزقنا اجتنابه ، واجعلنا ممن يستمعون القول فيتبعون أحسنه ، وأدخلنا برحمتك في عبادك الصالحين .