Thursday, July 27, 2017

SENTIASA MEMOHON KEAMPUNAN

Jangan pernah berputus asa daripada memohon keampunan Allah SWT.  Selagi hayat dikandung badan, pintu keampunan Allah sentiasa terbuka. Walau dosamu memenuhi langit dan bumi, jika kamu datang mengharapkan keampunan Allah SWT, Allah akan mengampunkanmu. Demikianlah yang dijanjikan Allah SWT menerusi firmanNYa:


 قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Ertinya:  Katakanlah (wahai Muhammad), hai hamba Allah yang telah berbuat lampau atas dirinya, janganlah berputus asa daripada rahmat Allah SWT. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-dosa semuanya. Dialah Tuhan yang maha pengampun lagi penuh kasih sayang". ( Surah Az-Zumar: Ayat 53)

Kata Ibn Qayyim dalam Al-Wabil As-Soyyib (ms 12)  ketika menjelaskan maksud ayat ini :


إذا تاب العبد توبة نصوحاً صادقة خالصة أحرقت ما كان قبلها من السيئات وأعادت عليه ثواب حسناته

Bila seornag hamba bertaubat dengan taubat nasuha yang benar-benar ikhlas kerana Allah SWT, segalah kejahatan yang dilakukannya pada masa lampau akan terbakar dan kembalilah kepadanya perbuatan baik yang dilakukannya".

Inilah keluasan rahmat Allah. Inilah bayangan harapan yang Allah SWT berikan kepada setiap orang telah berbuat salah. Maka, memohon kemapunan Allah SWT adalah hak setiap orang dan tidak ada siapa yang boleh menghalangnya. Betapa besar jenayahnya, orang lain tidak berhak mengatakan kepadanya bahawa Allah tidak akan lagi mengampunkannya. Allah telah membuka pintu keampunan seluas-luasnya, maka bagaimana ia boleh disempitkan oleh orang lain.

إِنَّمَا التَّوْبَةُ عَلَى اللَّهِ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السُّوءَ بِجَهَالَةٍ ثُمَّ يَتُوبُونَ مِنْ قَرِيبٍ فَأُولَئِكَ يَتُوبُ اللَّهُ عَلَيْهِمْ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا 


" Sesungguhnya taubat itu adalah untuk mereka yang melakukan kejahatan dengan "KEJAHILAN", kemudian dia bertaubat " DARI DEKAT" , maka mereka itulah yang Allah SWT terima taubat mereka, Dan Allah itu maha mengetahui lagi maha bijaknsa". (Surah An-Nisa': Ayat 17) 

Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah menyebutkan dalam Majmuk Al-Fatawa : Telah berkata Abu Al'Aliyah: Aku telah bertanya sahabat-sahabat nabi tentang maksud ayat di atas dan mereka memberitahu aku bahawa 'SETIAP ORANG YANG MENDERHAKA ALLAH, MEREKA ADALAH ORANG JAHIL DAN SETIAP ORANG YANG BERTAUBAT SEBELUM MATI, DIA TELAH BERTAUBAT DARI DEKAT, DAN DEMIKIANLAH APA YANG DIKATAKAN OLEH SEMUA MUFASSIRIN.

Marilah kita sentiasa memohon keampunan Allah SWT. Usah beranggapan aku masih muda, belum puas meneguk maksiat dan sebagainya. Setelah tergelincir, segera beristighfar dan memohon keampunan Allah SWT. Sebar berita gembira ini kepada semua orang dan berikan harapan kepada mereka. Inilah intipati kandungan ajaran Islam yang menjadi keistimewaannya. Kepercayaan seperti ini tiada dalam ajaran agama lain selain Islam.

Islam rahmatan lil 'Alamin!



الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على سيدنا محمد الصادق الوعد الأمين ، اللهم لا علم لنا إلا ما علمتنا ، إنك أنت العليم الحكيم ، اللهم علمنا ما ينفعنا ، وانفعنا بما علمتنا ، وزدنا علما ، وأرنا الحق حقاً وارزقنا اتباعه ، وأرنا الباطل باطلاً وارزقنا اجتنابه ، واجعلنا ممن يستمعون القول فيتبعون أحسنه ، وأدخلنا برحمتك في عبادك الصالحين .