Friday, July 20, 2012

KULIAH SUBUH: MARI BERPUASA CARA NABI

Kuliah Subuh di masjid Al-Fajr hari ini aku sampaikan:

Hari ini merupakan  hari pertama umat Islam di Malaysia berpuasa.  Rasa syukur tidak terhingga kerana pada hari ini kita diizinkan Allah SWT untuk memulakannya dengan solat Subuh berjemaah. Ini adalah permulaan yang baik bagi memulakan hari pertama puasa dan merupakan permulaan yang baik untuk memulakan Ramadhan.

Puasa yang kita lakukan hendaklah puasa yang mengikut sunnah Rasullah:

a) Melwatkan sahur dan menyegerakan berbuka. Sunnah ini adalah untuk menjelmakan manifestasi "tamayyuz"  yang disarankan oleh Rasulullah SAW. 

a) Menjadikan puasa masa meningkatkan amal. Alangkah baik jika puasa kita dihiasi dengan tilawah Quran, solat berjamaah, menjaga mulut, mata dan sebagainya.

c) Solat taraweh hendaklah dilakukan. Namun, solat rawatib janganlah pula diabaikan. Antara solat taraweh dan rawatib, rawateb adalah lebih utama.



Saturday, May 12, 2012

Kuliah Subuh: Kelebihan Abu Bakar As-Siddiq

Kuliah Subuh pagi ini aku sampaikan di Masjid Al-Fajr. Tajuk yang aku sentuh adalah berkenaan "Manakib Abu Bakar As-Siddiq".  Abu Bakar As-Siddiq adalah insan kamil mutakamil yang lahir hasil daripada tarbiah baginda Rasul. Gelaran As-siddiq yang diperolehinya adalah dambaan kita semua. Dalam solat, kita membaca surah Fatihah. Kita minta Allah SWT tunjukkan kita jalan yang lurus. Jalan yang lurus itu, menurut tafsiran ayat Quran yang lain, adalah jalan golongan para Siddiq, Shuhada' dan Solihin.
  • Abu Bakar sahabat nabi yang membebaskan Bilal bin Rabah.
  • Abu bakar juga teman nabi dalam hijrah.
  • Abu Bakar adalah bapa mentua nabi.
  • Abu Bakar orang yang paling berat timbangan imannya.
  • Abu Bakar adalah khalifah pertama sesudah Rasulullah SAW.
  • Abu Bakar yang telah menunjukkan Umar Al-Khattab sebagai khalifah sesudahnya.

الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على سيدنا محمد الصادق الوعد الأمين ، اللهم لا علم لنا إلا ما علمتنا ، إنك أنت العليم الحكيم ، اللهم علمنا ما ينفعنا ، وانفعنا بما علمتنا ، وزدنا علما ، وأرنا الحق حقاً وارزقنا اتباعه ، وأرنا الباطل باطلاً وارزقنا اجتنابه ، واجعلنا ممن يستمعون القول فيتبعون أحسنه ، وأدخلنا برحمتك في عبادك الصالحين .