Tuesday, August 31, 2010

Marilah berbakti kepada ibu bapa

Kuliah Subuh pagi ini disampaikan oleh Ust Kama mengenai berbakti kepada ibu dan bapa sebagai jalan ke syurga. Memetik beberapa nasihat yang diperturunkan oleh Muhammad Jami Zainu dalam bukunya " Taujihat Islamiyyah: Memperbaiki individu dan masyarakat", dinyatakan apa yang perlu dilakukan oleh seorang anak bila berdepan dengan orang tuanya.

Diceritakan juga kisah Juraij yang menyakiti hati ibunya dengan ibadat sunatnya.

Saturday, August 28, 2010

KULIAH SUBUH: Taubat jalan ke syurga

Tazkirah Subuh pagi ini disampaikan oleh ust kama berkenaan taubat. Di antara isi-isi penting kuliah Subuh pagi ini ialah:

1) Taubat adalah fardhu ain atas setiap orang yang beriman.
2) Janganlah merasakan dosa itu kecil kerana ia mungkin besar di sisi Allah SWT.
3) Janganlah menjadi golongan "muzohirin' kerana golongan ini tidak dimaafkan.
4) Pintu taubat ditutup apabila nyawa telah sampau ke ghargharah atau matahari telah terbit di sebelah barat.
5) Syara taubat ada 4 iaitu: Menyesal, meninggalkan dosa dan berazam tidak akan kembali lagi. Jika berkaitan manusia hendaklah dipulangkan hak.
6) Meninggalkan solat adalah dosa yang lebih besar dari zina, minum arak dan berjudi.

Tuesday, August 24, 2010

CARA BERSYUKUR

Kuliah Subuh pagi ini disampaikan oleh Ust. Tn Roslan Tn Muda.

3 Cara bersykur menurut Imam Al-Ghazali:-

  1. Dengan hati
  2. Dengan Lisan
  3. Dengan tindakan

Monday, August 23, 2010

Kehidupan dunia sepagi atau sepetang cuma

Kuliah subuh pagi tadi disampaikan oleh ust Kama. Ia berkisar soal kehidupan dunia yang sementara. Satu hakikat kehidupan yang pada hari ini kita tidak tahu ialah tentang singkatnya usia kita di dunia.Hakikat ini akan kita mengerti ketika kita sudah berada di akhirat. Ketika itu, barulah kita tahu bahawa hidup ini cuma sepagi atau sepetang..

Semasa kita hidup di dunia ini,pandangan mata hatiku terhadang oleh dunia. Saatnya Allah membunka halangan itu akan tiba. Ketika sakratul maut sudah mendekat, kita akan saksikan episod hidup kita selama 60 tahun atau 70 tahun dalam beberapa minit sahaja. Allah berkuasa memperlihatkan seluruh video kehidupan kita dalam kesingkatan masa yang ada.

Justeru, kita perlu mempersiapkan diri buat menghadapi hari penuh penyesalan itu. Apabila dunia kita tinggalkan, putuslah hubungan kita dengan dunia ini melainkan 3 perkara sebagaimana ditegaskan dalam hadis. 3 perkara itu ialah sodaqah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang berdoa buat kita. 

Berbahagialah bagi yang orang yang telah meninggalkan dunia tetapi masih mendapat curahan pahala daripada dunia yang pernah dihuninya!

Sunday, August 22, 2010

Allahlah waliku!

Kuluah Subuh pada pagi ini disampaikan oleh Ust Kamaruddin Wahab berkisar mengenai orang yang berwalikan Allah dan orang yang berwalikan taghut. Dengan menghuraikan ayat yang kebetulan dibacakan oleh imam solat Subuh, ust Wan Helmi Wan Abd Hamid, beberapa contoh taghut didatangkan.

Allah berfirman:


اللَّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُوا يُخْرِجُهُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَوْلِيَاؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُمْ مِنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ أُوْلَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

"Allahlah yang menjadi wali kepada orang yang beriman, mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya. Sementara orang-orang kafir, wali mereka adalah taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan. Mereka adalah ahli neraka kekal di dalamnya.

(Al-Baqarah: 257)

Maka, pada ayat berikutnya Allah mendatangkan dua figure sebagai contoh buat perbandingan. Satunya ialah nabi Ibarahim yang berwalikan Allah dan satu lagi ialah Namrud, yang berwalikan taghut iaitu kerajaannya. Dia sendiri pula menjadi taghut kepada rakyatnya.


Itulah dua contoh yang menjadi perimbangan antara dua jalan. Mana satu jalan akan kita turuti?


Wednesday, August 18, 2010

HADIS 10 WASIAT RASUL KEPADA FATIMAH-HADIS PALSU

  1. Ya Fathimah, kepada wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah pasti akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum, melebur kejelekan, dan meningkatkan derajat wanita itu.
  2. Ya Fathimah, kepada wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, niscaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka tujuh tabir pemisah.
  3. Ya Fathimah, tiadalah seorang yang meminyaki rambut anak-anaknya lalu menyisirnya dan mencuci pakaiannya, melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang.
  4. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang menahan kebutuhan tetangganya, melainkan Allah akan menahannya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat nanti.
  5. Ya Fathimah, yang lebih utama dari seluruh keutamaan di atas adalah keridhoaan suami terhadap istri. Andaikata suamimu tidak ridho kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah wahai Fathimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.
  6. Ya Fathimah, apabila wanita mengandung, maka malaikat memohonkan ampunan baginya, dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta melebur seribu kejelekan. Ketika wanita merasa sakit akan melahirkan, Allah menetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Bila meninggal ketika melahirkan, maka dia tidak akan membawa dosa sedikitpun. Didalam kubur akan mendapat pertamanan indah yang merupakan bagian dari taman sorga. Dan Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah haji dan umrah, dan seribu malaikat memohonkan ampunan baginya hingga hari kiamat.
  7. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang melayani suami selama sehari semalam dengan rasa senang serta ikhlas, melainkan Allah mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau, dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Dan Allah memberikan kepadanya pahala seratus kali beribadah haji dan umrah.
  8. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang tersenyum di hadapan suami, melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.
  9. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan rasa senang hati, melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya, dan Allah mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.
  10. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang meminyaki kepala suami dan menyisirnya, meminyaki jenggot dan memotong kumisnya, serta memotong kukunya, melainkan Allah memberi minuman arak yang dikemas indah kepadanya yang didatangkan dari sungai2 sorga. Allah mempermudah sakaratul-maut baginya, serta kuburnya menjadi bagian dari taman sorga. Dan Allah menetapkan baginya bebas dari siksa neraka serta dapat melintasi shirathal-mustaqim dengan selamat.

Ulasan:
Berkata Fadhilatus Syeikh Hamid al-'Ali hadis ini tidak saheh dan tiada asal baginya. Dengan kata lain hadis ini makzub atau  maudhu'.
  
Syeikh Abdurrahman As-Suhaim melebelkan hadis ini sebagai rekaan golongan Rafidhoh. Selain kemelampauan dalam gamjaran yang disebutkan, ia tidak selari dengan apa yang warad dalam hadis saheh yang di riwayatkan dalam Saheh Bukhari dan Muslim bahawa Fatimah puteri Rasulullah mengadu kepada baginda tentang kepenatannya mengulikan tepung lalu baginda ajarkannya menyebut Subhanalla, Alhamdulillah dan Allahu Akbar. Setengah orang menamakan zikir Fatimah.

Rujuk: Al-Manhaj

Monday, August 16, 2010

Wasiat Rasulullah kepada Ali KW

Kuliah Subuh pagi ini disampaikan oleh USt Tn Roslan Tn Muda. Tajuk kuliah pagi ini berkisar mengenai wasiat Rasulullah iaitu:

NABI Muhammad saw ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak, kaum kerabat dan umat Islam seluruhnya. Antara wasiat yang menarik dan boleh dijadikan bahan renungan bersama adalah wasiatnya kepada menantu Baginda, Saidina Ali bin Abu Talib. Sungguhpun wasiat itu khusus kepada Ali, namun kita sebagai Muslim, perlu menjadikannya sebagai iktibar dan menjadikannya amalan.

"Wahai Ali, bagi orang mukmin ada tiga tanda iaitu:
1. Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia;
2. Tidak terpesona dengan pujuk rayu;
3. Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia.

"Wahai Ali, bagi orang alim itu ada tiga tanda iaitu:
1. Jujur dalam berkata-kata;
2. Menjauhi segala yang haram;
3. Merendah diri.

"Wahai Ali, bagi orang yang jujur ada tiga tanda iaitu:
1. Merahsiakan ibadahnya;
2. Merahsiakan sedekahnya;
3. Merahsiakan ujian yang menimpanya;

Wahai Ali, bagi orang yang takwa itu ada tiga tanda iaitu:
1. Takut berlaku dusta dan keji.
2. Menjauhi kejahatan.
3. Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi ahli ibadah itu ada tiga tanda iaitu:
1. Mengawasi dirinya.
2. Menghisab dirinya.
3. Memperbanyakkan ibadah kepada Allah.

Ibnu Abbas pula meriwayatkan, bahawa Ali berkata: "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah, Rasulullah bersabda kepadaku, mengutarakan 13 wasiat khusus untukku iaitu:

"Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki" tempat mandi (hammam) tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal'un).

"Wahai Ali, janganlah engkau 'memakai cincin pada jari telunjuk dan tengah'. Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.

"Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar:
"Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta" (Tuhanku, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu berfirman: "Hai malaikat- Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia."

"Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau,

WASIAT RASULULLAH KEPADA SAIDINA ALI

bahawasanya sidq (benar) itu berkat dan kizb (dusta) itu celaka.

"Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-domba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.

"Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.

"Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari.

"Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan makihamun dan sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.

"Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencungkil gigi. Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah. Mencungkil gigi itu dikasihi malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan pada celah gigi tidak dicungkil selepas makan.

"Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah. Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan serta kesabaran Allah ke atas hamba-Nya. Pertahankan diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.

"Wahai Ali, perhitungkan (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.

"Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Maka dengan demikian , engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.

"Wahai Ali, perbaikkan perhubungan antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.

" Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan. Insya-Allah."

Dipetik daripada: BH - 21 December 2004 / 9 Zulkaedah 1425

Sunday, August 15, 2010

TIDUR-TIDUR YANG SUNAT DIKEJUTKAN

Kuliah Subuh pagi ini disampaikan oleh ust. Tuan Rosalan Tuan Muda." Tajuknya ialah tidur-tidur yang sunat dikejutkan".

Kandungan kuliah adalah seperti berikut:

Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut:

Pertama:

Seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:

خرجت مع النبي صلى الله عليه وسلم لصلاة الصبح فكان لا يمر برجل إلا ناداه بالصلاة أو حركه برجله

“ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.”

(Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)

Kedua:
Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang solat.


Ketiga:

Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.
Rasulullah saw bersabda:

من بات على ظهر بيت ليس له حجار فقد برئت منه الذمة

“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh).

(Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)

Keempat:


Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena .

Nabi saw bersabda:

إذا كان أحدكم في الشمس فلقص عنه الظل وصار بعضه في الشمس وبعضه في الظل فليقم

“Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari m ena ik dan sebahagian tubuh mu terk ena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak k ena , hendaklah dia beredar.”

(Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)

Kelima:


Tidur waktu subuh.

Nabi saw bersabda:

الصبحة تمنع الرزق

“Tidur subuh menegah rezki.”

(Hr Ahmad – sanad lemah)

Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata:

الأرزاق تقسم وأنت نائم

“Rezeki dibahagi-bahagikan sedangkan engkau tidur.”

Keenam:


Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:

كان يكره النوم قبلها والحديث بعدها

“Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang selepasnya.”

(Hr Bukhari - sahih)

Ketujuh:
Tidur lepas solat asar.

Nabi saw bersabda:

من نام بعد العصر فاختلس عقله فلا يلومن إلا نفسه

" Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.”

(Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)

Kelapan:
Tidur berseorangan di rumah. Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.


Kesembilan:

Perempuan yang tidur menelentang. Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama.
Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.


Kesepuluh:
Seseorang yang tidur meniarap. Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله

Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.”

(Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية

Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.”

(Hr Ibnu Majah)

Kesebelas:
Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail.

Nabi saw bersabda:

رحم الله رجلا قام من الليل فصلى وأيقظ امرأته فإن أبت نضح في وجهها الماء رحم الله امرأة قامت من الليل فصلت وأيقظت زوجها فإن أبى نضحت في وجهه الماء

“Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya.
(Hr Abu Daud 1308 – perawi-perawinya thiqah)

Keduabelas:
Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur. Nabi saw bersabda:

إن بلالا ينادي بليل فكلوا واشربواحتى ينادي ابن مكتوم

“Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.”

(Hr Muslim)

Rujukan: Tashilul Maqasid li Zuwwarul Masjid oleh Ibnul Ammad, Aunul Ma’bud oleh al-A bad i dan an-Nihayah oleh Ibnul athir.

Thursday, August 12, 2010

Solat subuh berjemaah

Tajuk kuliah Subuh pada hari ini ialah "Mari menunaikan solat Subuh". Ust Kama penyampai pada pagi ini. Dimulakan dengan hadis mengenai solat subuh berjemaah yang mana Rasulullah SAW telah bersabda:

Maksudnya: Seiapa yang mengerjakan solat suuh berjemaah selama  40 hari dengan mendapat takbiratul ula, maka dia diselamatkan daripada 2 perkara iaitu NIFAQA dan AZAB NERAKA..

Sunday, April 25, 2010

Kuliah Subuh: Ketaatan kepada pemimpin bukan membuta tuli

Pagi ini kuliah Subuh disampaikan oleh Ust Mat Isa Saud. Beliakan membawa sebuah cerita sekumpulan sahabat nabi yang dihantar untuk satu peperangan dan nabi telah melantik seorang ketua di kalangan mereka. Ketika mereka telah selesai menjalankan misi mereka, sang ketua ditimpa satu kemarahan lalu memerintahkan bahawahan mengumpulkan kayu api bagi mencuba ketaatan bawahannya. Bawahannya mematuhi perintahnya dan mengumpulkan kayu api serta menyalakannya. Ketika api telah marak, sang ketua memerintahkan mereka terjun ke dalamnya. Seorang daripada bawahannya mempertikaikan perintahnya yang tidak munasabah itu dan mengatakan bahawa persoalan itu akan dirujuk kepada Rasulullah dahulu. Dalam keadaan itu api pun terpadam dan ketua itu menjadi sejuk daripada kemarahannya semula. 

Ketika mereka mengadukan hal tersebut kepada Rasulullah SAW, baginda bersabda:" Jika mereka masuk ke dalam api itu, mereka tidak akan keluar selamanya".

Saturday, April 3, 2010

Sebab-sebab solat tidak khusyuk

Kuliah Subuh disampaikan oleh Ust Tn Roslan Tn Muda di bawah tajuk: "Sebab-sebab solat tidak khusyuk dan hati menjadi keras".


Petikan kuliah subuh:

" Solat adalah tiang agama. Di dalamnya terangkum segala nilai iman dan Islam. Mendirikan solat sama dengan mendirikan ugama manakala tidak solat sama dengan meruntuhkan ugama. Antara matlamat utama bersolat adalah untik ingat kepada Alah namanya khusyuk. Khusyuk sangat membantu untuk melahirkan roh ”ingat ” dan inilah yang membuatkan solat akan mencegah fahsya’ dan mungkar di luar solat iaitu dalam kehidupan harian. Masalahnya solat tak khusyuk. Perbincangan kali ini kenapa solat tidak khusyuk? Perbincangan kali ini ialah mengenai sebab dan penghalang kenapa solat tidak khusyuk.

Antara sebab solat tidak khusyuk:

PERTAMA : tidak ada keinginan atau keghairahan mendirikan solat.buat seperti dipaksa-paksa menyebabkan solat menjadi sambil lewa buat dengan tidak tulus. Walaupun solat adalah amalan yang  ringan sahaja tetapi menjadi sangat berat dek kerana tiada kesungguhan. Main bola berjam-jam  boleh tapi solat beberapa minit dah jadi gelisah. Bergayut talifon berjam-jam penuh sungguh-sungguh tapi solat sekejap macam pikul bebanan. Jika tahap keiginan bersolat tak ditingkatkan selama itulah solat tidak akan menjadi ”pengubah”. Nak tingkatkan keghairahan untuk bersolat ialah dengan banyak membaca al quran,ingat mati selalu ambil tahu tentang kelebihan khusyuk dalam solat. 

Sebab KEDUA tak dapat khusyuk solat ialah makan makanan yang haram. Memkan yang haram bererti menentang Allah. Orang yang menentang Allah adalah orang yang tidak takut Allah. Dan benda-benda yang haram ini akan menjadi darah daging manakala darah daging inilah yang akan melahirkan tenaga dan gerak. Kalau memakan yang haram Ia akan menggerak dan mendorong perbuatan yang jahat dan maksiat akibatnya hati menjadi kotor dan hati yang kotor mesti liat untuk beribadat. Solat untuk mendekat dengan Allah benda maksiat kesanyan menjauhi Allah. Orang yang jauh dengan Allah tak seronok bertemuNya dalam solat.kalau dah tak layan Allah akibatnya kene boolayanlah dari Allah.

Sebab KETIGA ialah keras hati dan takabbur. Orang yang takabbur ialah orang yang tidak berupaya untuk merendah diri di hadapan Allah. Rasa diri besar walaupun tak besar mana pun. Kalau perut aje besar buat ape. Manakala hati yang keras pula tidak akan terkesan dengan  nilai tarbiah kehambaan yang dilahirkan dalam solat.bila ruku dia tak rasa hina, bila sujud tak terasa kebesaran Allah. Orang besar sangat dihurmati tetapi lupa untuk menghormati Allah tuhan yang maha besar. Orang kaya-kaya sangat dilayani dan dihurmati tetapi lupa untuk menghormati Allah sebagai tuhan yang paling kaya. Hati jadi keras kerana 3 perkara. Iaitu makan makanan yang yang haram,tak dengar majlis ilmu dan banyak dosa. 

Sebab yang KEEMPAT ialah ”lagha” banyak melakukan perbuatan yang sia-sia. Apalagi kalau membawa kepada haram. Cakap banyak yang tak ada faedah,perkataan pula lucah dan cabul serta kotor,gurau senda yang melampau,umpat fitnah. Sudah tentu perbuatan ini akan membuatkan hati jadi kotor. Bila hati kotor maka isinya adalah maksiat  bila maksiat penuh di hati zikrullah tak akan masuk. Mendengar muzik dan lagu-lagu yang cabul hanya menjadi ejen kepada syaitan untuk melalaikan solat dan kalau dah lalai solat tak tak punya ”roh” lagi."

الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على سيدنا محمد الصادق الوعد الأمين ، اللهم لا علم لنا إلا ما علمتنا ، إنك أنت العليم الحكيم ، اللهم علمنا ما ينفعنا ، وانفعنا بما علمتنا ، وزدنا علما ، وأرنا الحق حقاً وارزقنا اتباعه ، وأرنا الباطل باطلاً وارزقنا اجتنابه ، واجعلنا ممن يستمعون القول فيتبعون أحسنه ، وأدخلنا برحمتك في عبادك الصالحين .