Friday, September 18, 2009

Kuliah 11: Jangan jadi seperti perempuan yang merungkai sulamannya setelah selesai menyulam.

Wahai ahli Ramadhan...Ramadhan akan menutupkan tirainya bila-bila masa sahaja dari sekarang. Kita sudah berada dipenghujungnya. Selama dalam Ramadhan yang penuh keberkatan, kita telah berpuasa dan menahan diri dari kemaksiatan dan kemungkaran. Kita telah menghiaskan diri dengan akhlak yang mulia. Kita telah mengunjungi surau dan solat berjemaah. Kita solat taraweh mengharapkan ganjaran daripada Allah SWT.

Pendeknya, kita telah menjadi tukang tenun yang memintal benang-benag keimanan sehingga terciptalah selendang keimanan yang indah dan cantik.

Kini, Ramadhan akan berakhir...dan kita akan melangkah ke bulan baru, meninggalkan Ramadhan. Apakah akan kita buraikan pintalan benang keimanan yang telah kita pintal itu.

Di sinilah seharusnya kita terhenti sejenak dan merenung firman Allah SWT dalam surah An-Nahlu, ayat 92:

وَلاَ تَكُونُواْ كَالَّتِي نَقَضَتْ غَزْلَهَا مِن بَعْدِ قُوَّةٍ أَنكَاثًا

"Dan janganlah kamu seperti seorang perempuan yang menguraikan benangnya yang sudah dipintal dengan kuat, menjadi cerai berai kembali..."

Justeru, setelah kita melangkah keluar meninggalkan Ramadhan kita patut lahir sebagai hamba yang rabbani dan jangan mengulangkan sifat Ramdhani.

Thursday, September 17, 2009

Kuliah 10: Adab-adab di hari raya

Aidil fitri bakal menjelang lebih kurang 3 hari lagi. Elok rasanya kita meneliti beberapa adab sempena hari raya yang bakal tiba:

a) Mandi sunat hari raya.
b) Makan sebelum keluar solat hari raya Eidul Fitri dan makan selepas solat hari raya Eidul Adha.
c) Takbir mursal di hari raya Eidul Fiti dan Takbir Muqayyad di hari raya Eidul adha.
d) Mengucapkan tahniah dengan kata-kata: "Taqabbalallahu minkum".
e) Memakai pakaian tercantik yang ada.
f) Pergi dan pulang mengikut jalan yang berbeza ke masjid.
g) Membawa anak isteri ke masjid.


Di samping itu, perlu diperhatikan beberapa penyimpangan semasa hari raya yang sering berlaku dalam masyarakat kita:

1) Berduyun-duyun mengerumuni kubur pada hari raya.
2) Wanita berpakaian tabarruj dan berhias melampau lalu keluar rumah.
3) Anak muda mengisi masa hari raya dengan menonton wayang.
3) Terlibat dalam perbuatan dosa seperti main judi dan minum arak.
4) Bersalaman antara lelaki dan perempuan bukan muhram semasa ziarah menziarahi.


Sunday, September 13, 2009

Kuliah 9:TAWAKKAL KEPADA ALLAH

Tawakkal merupakan menyerahkan sesuatu urusan kepada Allah dan menggantungkan hati kepadaNya. Ia merupakan sebab penting untuk mencapai sesuatu hajat dan mengelakkan sesuatu musibah.Apabila bertambah tawakkal seseorang kepada Tuhannya, akan bertambahlah potensinya untuk mencapai hajatnya dan menjauhi musibah yang akan menimpanya.

Ketika mana nabi Ibraham dihumbankan ke dalam api oleh raja Namrud, Jibrail telah datang kepada nabi Ibrahim dan bertanya apakah hajatnya. Jawapan Ibrahim melambangkan sifat tawakkalnya:

أما لك فلا و أما إلى الله فحسبي الله و نعم الوكيل

Adapun hajat kepadamu, tiada. Sementara hajatku kepada Allah, maka cukuplah Allah buatku dan Diala sebagai sebaik-baik tempat bertawakkal.”

Dengan tawakkal nabi Ibrahim, dia tidak meminta bantuan kepada Jibrail. Sedangkan Jibrail boleh memadamkan api itu dengan hujung sayapnya sahaja. Berkat tawakkal itu, Nabi Ibrahim mencapai hajatnya iaitu dia diselamatkan Allah dengan dijadikan api itu sejuk dan selamat buatnya.

Sifat tawakkal ini juga tercerna dalam diri orang-orang yang beriman dalam peristiwa “Humra’ul Asad” iaitu di pagi hari sesudah perang uhud.. Allah menggambarkan mereka dalam firmanNya:

الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُواْ لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَاناً وَقَالُواْ حَسْبُنَا اللّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ. فَانقَلَبُواْ بِنِعْمَةٍ مِّنَ اللّهِ وَفَضْلٍ لَّمْ يَمْسَسْهُمْ سُوءٌ وَاتَّبَعُواْ رِضْوَانَ اللّهِ

Orang-orang (yang mentaati Allah dan rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: "Sesungguhnya manusia Telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, Karena itu takutlah kepada mereka", Maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: "Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung". Maka mereka kembali dengan nikmat dan karunia (yang besar) dari Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keridhaan Allah. dan Allah mempunyai karunia yang besar.

(Ali Imran : 173-74)

Berkat tawakkal yang bersemadi dalam diri orang-orang yang beriman yang berkumpul di Humra’ul Asad bagi menghadapi serangan balas tentera musyrikin yang baru bergembira kerana mencapai kemenangan dalam perang Uhud, Allah mencampakkan perasaan takut dalam jiwa golongan kafir itu.Padahal saat itu keadaan tentera Islam juga amat letih dengan peperangan Uhud sebelumnya.

Demikianlah pula yang dikisahkan tentang nabi Musa dan tawakkalnya sebagaimana di sebutkan dalam firman Allah SWT:

وَلَمَّا وَرَدَ مَاء مَدْيَنَ وَجَدَ عَلَيْهِ أُمَّةً مِّنَ النَّاسِ يَسْقُونَ وَوَجَدَ مِن دُونِهِمُ امْرَأتَيْنِ تَذُودَانِ قَالَ مَا خَطْبُكُمَا قَالَتَا لَا نَسْقِي حَتَّى يُصْدِرَ الرِّعَاء وَأَبُونَا شَيْخٌ كَبِيرٌ فَسَقَى لَهُمَا ثُمَّ تَوَلَّى إِلَى الظِّلِّ فَقَالَ رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ

Dan tatkala ia sampai di sumber air negeri Mad-yan ia menjumpai di sana sekumpulan orang yang sedang meminumkan (ternaknya), dan ia men- jumpai di belakang orang banyak itu, dua orang wanita yang sedang menghambat (ternaknya). Musa berkata: "Apakah maksudmu (dengan berbuat at begitu)?" kedua wanita itu menjawab: "Kami tidak dapat meminumkan (ternak kami), sebelum pengembala-pengembala itu memulangkan (ternaknya), sedang bapak kami adalah orang tua yang Telah lanjut umurnya".Maka Musa memberi minum ternak itu untuk (menolong) keduanya, ke- mudian dia kembali ke tempat yang teduh lalu berdoa: "Ya Tuhanku Sesungguhnya Aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku".

(Al-Qasas: 23-24)

Disebutkan dalam kitab-kitab tafsir, bahawa nabi Musa ketika itu dalam keadaan lapar dan sudah 3 hari tidak mendapat sebarang makanan. Berkat tawakkal baginda kepada Allah SWT, Allah datangkan jemputan daripada bapa si gadis yang dibantunya itu untuk dikurniakan upah. Itu menjadi jalan buat nabi Musa mencapai hajatnya terhadap makanan dan terlepas dari musibah kebuluran. Firman Allah SWT:

فَجَاءتْهُ إِحْدَاهُمَا تَمْشِي عَلَى اسْتِحْيَاء قَالَتْ إِنَّ أَبِي يَدْعُوكَ لِيَجْزِيَكَ أَجْرَ مَا سَقَيْتَ

Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua wanita itu berjalan kemalu-maluan, ia berkata: "Sesungguhnya bapakku memanggil kamu agar ia memberikan balasan terhadap (kebaikan)mu memberi minum (ternak) kami".

(Al-Qasas: 25)

Subhanallah…sungguh hebat tawakkal itu. Kehebatan tawakkal yang bersemadi dalam hati orang beriman kepada Allah SWT itulah yang disebutkan oleh baginda Rasulullah dalam hadisnya:

لو أنكم توكلتم على الله حق توكله لرزقكم كما يرزق الطير تغدو خماصاً و تروح بطاناً "

“Jika seandainya kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, nescaya dia akan kurniakan kepadamu razeki sebagaimana Dia kurniakan razeki kepada burung yang keluar di pagi hari dalam keadaan kosong perut dan pulang senja dalam keadaan kenyang”.

(Riwayat Ahmad dan Tarmizi-Hasan Soheh)

Rujukan: Islamweb

Thursday, September 10, 2009

Kuliah 8: Tangisilah dalam sunyimu

Para ulama membahagikan tangisan kepada beberapa jenis. Ibnu Qayyim al Jauziyyah membahagikannya kepada 10 jenis iaitu:

1) Tangisan takut
2) Tangisan belas kasihan
3) Tangisan cinta
4) Tangisan gembira
5) Tangisan sakit yang tak tertanggung
6) Tangisan duka
7) Tangisan takut dan lemah
8) Tangisan Nifaq
9) Tangisan bayaran
10) Tangisan ikut-ikutan

Menangis kerana takutkan Allah.

Tangisan terbaik adalah menangis kerana takutkan Allah sebagaimana firman Allah :


إِذَا تُتْلَى عَلَيْهِمْ آيَاتُ الرَّحْمَن خَرُّوا سُجَّدًا وَبُكِيًّا

"Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, mereka tunduk sujuk sambil menangis".




Wednesday, September 9, 2009

Kuliah 7: Mereka itu sedikit tidur malam

كانُوا قَلِيلاً مِّنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ

"Mereka itu, pada malam hari sedikit sekali tidur mereka".

(Adzariyat: 17)


Tidur merupakan sebahagian daripada kematian. Kematian kecil kata orang. Seorang yang sedang tidur, ruhnya telah keluar tetapi tidaklah keluar sebagaimana keluarnya ruh orang yang benar-benar mati. Jika Allah menghendaki, Allah boleh sahaja menahan ruh orang sedang tidur dan dengan itu ruhnya tidak kembali lagi dan jadilah dia benar-benar mati.

Namun, banyak tidur adalah tercela. Menjadi tardisi dan kebiasaan orang-orang soleh banyak berjaga. Berjaga untuk beribadat.

Tuesday, September 8, 2009

Kuliah Subuh 6: Hiburkan hatimu dengan zikrullah

Hati adalah raja dalam tubuh. Ia adalah sumber kepada segala perlakuan anggota tubuh yang merupakan rakyat-rakyatnya. Oleh itu hati perlu dijaga agar ia menjadi raja yang sihat, cemerlang dan dapat mentadbir dengan baik seluruh rakyat jelatanya. Hati pelukan ketenangan dan ketenteraman. Bagaimana memberikan ketenangan dan ketenteraman kepada hati? Inilah persoalan yang jawapannya berbeza di kalangan manusia.

Kalangan manusia, ada yang mencari ketenangan hati dengan bersendirian melakukan hob-hobinya seperti memancing, melukis dan sebagainya. Ada juga yang mencari ketenangan hati dengan perbuatan-perbuatan yang terlarang seperti berdisco, minum arah, menagih dan sebagainya. Semua pencarian ketenangan itu adalah jalan-jalan yang tidak membawa kepada ketengan hakiki sebagaimana yang telah ditegaskan Allah SWT dalam Al-Quran:



Zikrulullah menenangkan hati. Itulah penwar bagi keresahan dan kegelisahan hati yang telah ditunjukkan oleh Allah SWt.

Zikirlah yang diajar oleh Rasulullah SAW. Zikir Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu AKbar, merupakan kalimah-kalimah zikir yang amat disukai Allah SWT. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh At-Tarmizi, daripada Abdullah bin Basar r.a bahawa seorang lelaki telah berkata kepada Rasulullah SAW:

يَا رسولَ الله ، إنَّ شَرَائِعَ الإسْلامِ قَدْ كَثُرَتْ عَليَّ ، فَأَخْبِرْنِي بِشَيءٍ أَتَشَبثُ بِهِ قَالَ : لا يَزالُ لِسَانُكَ رَطباً مِنْ ذِكْرِ الله


" Wahai Rasulullah. sesungguhnya syariat Islam itu terasa banyak atasku. Beritahulah aku suatu perkara yang aku cukup dengannya. Sabda Rasulullah SAW: Sentiasalah lidahmu basah dengan zikrullah".

Disebutkan dalam saheh Muslim bahawa golongan faqir muhajirin telah datang bertemu Rasulullah SAW lalu berkata: Golongan yang punya harta telah mendapat darjat yang tinggi dan nikmat yang kekal. Sabda Rasulullah SAW: Bagaimanakah itu?.Kata mereka: Mereka itu bersolat sebagaimana kami solat, mereka berpuasa sebagaimana kami puasa, mereka bersedekah sebagaimana kami bgersedekah dan mereka memerdekakan hamba sedang kami tidak". Lalu Sabda baginda: "Apakah mahu aku ajarkan sesuatu yang jika kamu amalkan, kamu akan mendapat ganjara orang-orang sembelum kamu dan kamu akan mendahului orang-orang selepas kamu dan tiada seorang pun yang lebih daripada kamu melainkan jika mereka berbuat seperti kamu?" Sambut mereka:"Bahkan, ajarkan kami ya Rasulullah!"Jawab baginda:"Kamu bertasbih, bertakbir dan bertahmid setiap lepas solat fardhu sebanyak 33 kali.

Berkata Abu Soleh:" Lalu golongan faqir muhajirin itu kembali bertemu Rasulullah dan berkata" Ya Rasulullah, saudara kami yang punya harta itu telah mendengar apa yang kami lakukan dan mereka pun melakukan hal yang sama." Jawab Rasulullah SAW:

ذَلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ


"Itulah kelebihan Allah, Dia berikan kepada siapa yang Dia kehendaki".



Mudah-mudahan kita boleh mengamalkan zikrullah. Untuk berzikir, tak perlu tunggu masuk tariqat dahulu baru mahu mengamalkan zikir. Apa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW sudah cukup untuk kita amalkan. Zikir-zikir yang telah diajar oleh Rasulullah SAW telah menjadi makanan hati yang mengenayangkan dan tidak perlu mencari yang lain. Tinggal lagi, mahu atau tidak kita amalkan. Amalkan dalam keadaan berdiri , duduk atau berbaring. Ketika bekerja atau istirehat. Ketika memandu atau berjalan.

Allahumma amin...

الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على سيدنا محمد الصادق الوعد الأمين ، اللهم لا علم لنا إلا ما علمتنا ، إنك أنت العليم الحكيم ، اللهم علمنا ما ينفعنا ، وانفعنا بما علمتنا ، وزدنا علما ، وأرنا الحق حقاً وارزقنا اتباعه ، وأرنا الباطل باطلاً وارزقنا اجتنابه ، واجعلنا ممن يستمعون القول فيتبعون أحسنه ، وأدخلنا برحمتك في عبادك الصالحين .