Friday, April 23, 2021

ASMA AMALINA

 Kuliah Subuh pagi ini, di Surau Taman Akasia, Kuala Nerang. Aku mengimami solat Subuh dan seusai solat Subuh, aku menyampaikan satu Kuliah Subuh singkat. Tajuk yang aku sentuh ialah "Asma Amalina". 

Asma Amalina bermakna "cita-cita tertinggi kami". Intipati daripada kuliah ini adalah seperti berikut:

1) Anak-anak kita perlu diajar untuk meletakkan cita-cita dalam hidup mereka  ialah masuk ke Syurga Allah.

2) Nabi mengajarkan kita agar meletakkan "target tertinggi " dalam hidup seperti hadis nabi SAW yang menyarankan jika minta syurga hendaklah minta Syurga Firdaus.

3) Hadis "Ajuz Bani Israil" menjadi pedoman buat kita dalam menetapkan hajat dan keinginan hidup. 

4) Doa jika bertemu malam Al-Qadar yang diajarkan nabi SAW kepada Saidatina Aisyah , isterinya jadi petujuk bahawa permintaan yang bersifat Akhirat, itulah permintaan tertinggi yang perlu kita panjatkan pada saat peluang kemakmbulan doa di depan mata.


Thursday, April 22, 2021

Roh tidak berkumpul di Luh Mahfuz

Kuliah Subuh di Surau Taman Akasia pagi ini, aku sebutkan tentang roh yang merupakan ilmu ghaib yang hanya sedikit mengenainya diketahui. Itulah yang dikhabarkan Allah dalam Quran dan Nabi SAW dalam hadis. Manusia tidka mengetahui mengenainya. Isi-isi penting dalam Kuliah Subuh ringkas pagi ini adalah:

1) Hadis nabi SAW yang menceritakan bagaimana malaikat maut mecabut roh orang beriman dan orang kafir. Roh orang beriman akan melepasi langit dan ditempatkan di Illiyyin, sedangkan roh orang kafir akan terhalang menembusi langit dan mereka akan ditempatkan di Sijjin.


2) Kritikan terhadap apa yang berlegar dalam Whatsapp menjelang Ramadhan mengenai " Roh berkumpul di Luh Mahfuz " dan Roh pulang menziarahi kaum kerabat di bulan Ramadhan.


3) Cerita roh pulang pada bulan Ramadhan itu tidka berasas


4) Luh Mahfuz bukan tempat berkumpul roh, sebaliknya ia adalah papan agung tempat dicatatkan segalam takdir makhluk.


5) Pengaruh Syiah dalam menerapkan hadis-hadis mereka seperti hadis mengenai roh yang pulang menziarahi kaum kerabat.


6) Penegasan bahawa Syiah adalah "akzabunnas" lebih daripada dustanya para munafiqin!.

الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على سيدنا محمد الصادق الوعد الأمين ، اللهم لا علم لنا إلا ما علمتنا ، إنك أنت العليم الحكيم ، اللهم علمنا ما ينفعنا ، وانفعنا بما علمتنا ، وزدنا علما ، وأرنا الحق حقاً وارزقنا اتباعه ، وأرنا الباطل باطلاً وارزقنا اجتنابه ، واجعلنا ممن يستمعون القول فيتبعون أحسنه ، وأدخلنا برحمتك في عبادك الصالحين .