Saturday, December 5, 2020

Kerancuan Pemikiran Sufi-Wujudnya Wali Qutub setiap zaman.

 Ibnu Arabi mendakwa bahawa setiap zaman ada wali Qutubnya. Zaman itu sejak zaman Adam hinggalah ke akhir zaman. Dakwaan ini tentunya semata-mata dakwaan yang tidak boleh dibuktikan dengan dalil syarak. Tidak melalui Al-Quran dan tidak juga melalui hadis nabi SAW. Kewujudan wali-wali Allah yang dinamakan wali Qutub, merupakan salah satu akidah dan pegangan kebanyakan kaum sufi. Dalam naskhah-naskhah yang tersimpan dalam khazanah kaum ini, terdapat pelbagai perkataan mengenai peranan dan fungsi para wali termasuklah yang dinamakan Qutub ini. Selain wali Qutub ini, ada juga wali yang dinamakan abdal, ghaust, dan tingkat-tingkatnya.


Antara mereka dikatakan punya hak "tasorrof" ( mentadbir urusan alam) yang diberikan kepada mereka. 


Sesungguhnya pemikiran sedemikian sangat bahaya dan menyerupai pemikiran para pengikut agama pagan seperti agama zeus, hindu dan seumpamanya. 


Allah itu tidak bersyarikat dengan sesiapapun dalam mentadbir alam ini. Ahli tauhid hendaklah menyakini bahawa Allah itu bersendiri dalam "tasarrufnya". Hidup dan mati ditentukanNya dan bukan diatur oleh wali Qutub sebagaimana didakwa mereka.


Kalau setiap zaman ada wali Qutubnya, maka siapakah walinya ketika zaman Adam. Lebih menimbul pertanyaan yang menggilakan, siapa pula walinya zaman nabi Nuh a.s yang berdakwah selama 950 tahun itu? Terdapat ayat menjadi dalil bahawa pada satu episod zaman nabi Ibrahim, tiada yang beriman melainkan Ibrahim a.s dan Sarah isterinya. Kerana itu dalam Quran Allah menamakan Ibrahim itu sebagai Ummatan Qonitan. 


Kemudian, ayat Quran tidak menyebut tingkat-tingkat orang soleh sebagaimana yang pernah disebut oleh kaum sufi ini. Allah menyebutkan para nabi, para Siddiq, Syuhada dan solihin. 


La haula wala quwwatu illa billah.


Selamatkanlah kami daripada kernacuan pemikiran ini.

الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على سيدنا محمد الصادق الوعد الأمين ، اللهم لا علم لنا إلا ما علمتنا ، إنك أنت العليم الحكيم ، اللهم علمنا ما ينفعنا ، وانفعنا بما علمتنا ، وزدنا علما ، وأرنا الحق حقاً وارزقنا اتباعه ، وأرنا الباطل باطلاً وارزقنا اجتنابه ، واجعلنا ممن يستمعون القول فيتبعون أحسنه ، وأدخلنا برحمتك في عبادك الصالحين .