Thursday, August 18, 2011

Mewarisi dan diwarisi

Kuliah Subuh hari ini disampaikan oleh ust. Kama. "Kita adalah pewaris dan akan diwarisi", demikianlah tajuknya. Memetik firman Allah dalam Surah Al-Mukminun,Ayat 10-11, ust kama menghuraikan bahawa kita akan menjadi pewaris di akhirat.Kita akan mewarisi syurga yang tidak bertuan.Jika begitu,kita akan beruntung. Namun, neraka tidak bertuan juga ada untuk diwarisi. Jika demikian, maka malang dan rugilah.

Nabi SAW bersabda dalam sepotong hadis:

ما من عبد إلا وله بيتان بيت فى الجنة وبيت فى النار فأما المؤمن فيبنى بيته فى الجنة ويهدم بيته فى النار وأما الكافر فيهدم بيته فى الجنة ويبنى بيته فى النار

"Bagi setiap seorang hamba itu ada dua buah rumah. Satu rumah dalam syurga dan satu di dalam neraka. Adapun orang beriman,maka dibina rumahnya dalam syurga  dan diruntuhkan rumahnya dalam neraka. Sementara orang yang kafir,diruntuhkan rumahnya dalam syurga dan dibina rumahnya dalam neraka."
(Hadis riwayat Ad-Dailami )

No comments:

Post a Comment

الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على سيدنا محمد الصادق الوعد الأمين ، اللهم لا علم لنا إلا ما علمتنا ، إنك أنت العليم الحكيم ، اللهم علمنا ما ينفعنا ، وانفعنا بما علمتنا ، وزدنا علما ، وأرنا الحق حقاً وارزقنا اتباعه ، وأرنا الباطل باطلاً وارزقنا اجتنابه ، واجعلنا ممن يستمعون القول فيتبعون أحسنه ، وأدخلنا برحمتك في عبادك الصالحين .