Kuliah Subuh di masjid Al-Fajr hari ini aku sampaikan:
Hari ini merupakan hari pertama umat Islam di Malaysia berpuasa. Rasa syukur tidak terhingga kerana pada hari ini kita diizinkan Allah SWT untuk memulakannya dengan solat Subuh berjemaah. Ini adalah permulaan yang baik bagi memulakan hari pertama puasa dan merupakan permulaan yang baik untuk memulakan Ramadhan.
Puasa yang kita lakukan hendaklah puasa yang mengikut sunnah Rasullah:
a) Melwatkan sahur dan menyegerakan berbuka. Sunnah ini adalah untuk menjelmakan manifestasi "tamayyuz" yang disarankan oleh Rasulullah SAW.
a) Menjadikan puasa masa meningkatkan amal. Alangkah baik jika puasa kita dihiasi dengan tilawah Quran, solat berjamaah, menjaga mulut, mata dan sebagainya.
c) Solat taraweh hendaklah dilakukan. Namun, solat rawatib janganlah pula diabaikan. Antara solat taraweh dan rawatib, rawateb adalah lebih utama.
No comments:
Post a Comment