Sunday, September 6, 2009

KULIAH 2: Hidupnya sangat singkat

Kehidupan kita di dunia ini laksana menyemberang sebatang jalan. Menyemberang sebatang jalan bukanlah lama sangat. Sabda Nabi SAW:

كن في الدنيا كأنك غريب ، أو عابر سبيل

"Jadilah kamu dalam dunia seperti orang dagang atau seperti menyemberang jalan".

Alangkah singkatnya masa berkelana. Banyak masa kita adalah menetap. Alangkah singkatnya masa menyemberang jalan!

Saidina Umar Al-Khattab memberi nasihat:

إذا أمسيت فلا تنتظر الصباح ، وإذا أصبحت فلا تنتظر المساء ، وخذ من صحتك لمرضك ، ومن حياتك لموتك


"Apabila kami berada di waktu senja, janganlah dinanti waktu pagi. Dan apabila kamu berada di waktu pagi janganlah ditunggu waktu petang. Pergunakanlah masa sihatmu sebelum sakitmu dan pergunakanlah masa hidupmu sebelum matimu".

Renungkanlah pula firman Allah dalam surah An-Nazi'at, ayat 46:

كانهم يوم يرونها لم يلبثوا الا عشية او ضحها

" Seolah-oleh mereka itu apabila melihatnya (azab Allah), merasakan bahawa mereka tidak pernah hidup di dunia dahulu meliankan sepetang atau sepagi".



Subhanallah! alangkah singkatnya hidup kita. Insaflah dan beamallah dalam kesingkatan umur itu agar kita tidak tergolong kalangan yang menyesal.




No comments:

Post a Comment

الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على سيدنا محمد الصادق الوعد الأمين ، اللهم لا علم لنا إلا ما علمتنا ، إنك أنت العليم الحكيم ، اللهم علمنا ما ينفعنا ، وانفعنا بما علمتنا ، وزدنا علما ، وأرنا الحق حقاً وارزقنا اتباعه ، وأرنا الباطل باطلاً وارزقنا اجتنابه ، واجعلنا ممن يستمعون القول فيتبعون أحسنه ، وأدخلنا برحمتك في عبادك الصالحين .